Soalan Lazim
Jawapan ringkas bagi soalan lazim operasi, kos dan prestasi untuk pengusaha makanan profesional.
CERTIO Minyak Goreng untuk Industri Perkhidmatan Makanan: Soalan Lazim
CERTIO ialah minyak goreng premium daripada SD Guthrie International, direka khas untuk dapur profesional yang memerlukan prestasi menggoreng yang konsisten, jangka hayat minyak yang lebih panjang dan kecekapan operasi. Berikut ialah soalan yang paling kerap ditanya oleh pengusaha perkhidmatan makanan. Untuk membincangkan operasi anda, hantar pertanyaan tentang CERTIO atau mohon sesi percubaan.
Mengenai CERTIO
Apakah itu CERTIO?
Apakah itu CERTIO?
CERTIO ialah minyak sawit goreng premium yang direka khas untuk operasi perkhidmatan makanan profesional yang memerlukan prestasi menggoreng yang konsisten, jangka hayat minyak yang lebih panjang dan kecekapan operasi yang lebih baik.
Berapa lama CERTIO berada di pasaran?
Berapa lama CERTIO berada di pasaran?
CERTIO dilancarkan pada tahun 2019 oleh SD Guthrie International dan sejak itu digunakan oleh pengendali perkhidmatan makanan profesional, sebagai penyelesaian menggoreng yang direka untuk prestasi yang konsisten dan kecekapan operasi.
Apakah yang membezakan CERTIO daripada minyak masak biasa?
Apakah yang membezakan CERTIO daripada minyak masak biasa?
CERTIO direka khas untuk aplikasi menggoreng profesional. Berbanding minyak masak biasa, CERTIO menawarkan jangka hayat minyak yang lebih panjang, kestabilan menggoreng yang lebih baik, kualiti makanan yang lebih konsisten dan kecekapan operasi yang lebih tinggi. Ini membantu mengurangkan penggunaan minyak, mengurangkan kekerapan penukaran minyak dan mengekalkan kualiti makanan yang konsisten.
Mengapa warna CERTIO lebih cerah berbanding minyak masak biasa?
Mengapa warna CERTIO lebih cerah berbanding minyak masak biasa?
CERTIO dihasilkan daripada proses penuaian yang terkawal dan melalui proses penapisan khas yang menghasilkan minyak goreng yang lebih segar, berwarna lebih cerah dan berkualiti tinggi. Ini membantu makanan goreng kelihatan lebih menarik dengan warna keemasan serta menyokong prestasi menggoreng dan kualiti makanan yang lebih konsisten.
Adakah CERTIO sesuai sebagai alternatif kepada shortening cecair (liquid shortening)?
Adakah CERTIO sesuai sebagai alternatif kepada shortening cecair (liquid shortening)?
Walaupun shortening cecair menjalani pemprosesan tambahan untuk mencapai fungsi dan ciri tertentu, alternatif yang paling hampir dalam rangkaian CERTIO ialah Fluidised Palm Oil. Ia menawarkan kemudahan pengendalian dan direka untuk memberikan prestasi menggoreng yang konsisten bagi operasi makanan profesional.
Prestasi dan Aplikasi Menggoreng
Apakah jenis makanan yang sesuai digoreng menggunakan CERTIO?
Apakah jenis makanan yang sesuai digoreng menggunakan CERTIO?
Pelbagai jenis makanan goreng termasuk ayam, makanan laut, kentang goreng, makanan ringan dan pelbagai menu lain yang biasa disediakan di dapur komersial.
Adakah CERTIO sesuai untuk operasi menggoreng berkapasiti tinggi dan berterusan?
Adakah CERTIO sesuai untuk operasi menggoreng berkapasiti tinggi dan berterusan?
Ya. CERTIO direka khas untuk memberikan prestasi yang baik dalam keadaan menggoreng komersial yang mencabar, termasuk operasi menggoreng berkapasiti tinggi dan berterusan.
Adakah CERTIO sesuai digunakan dalam deep fryer dan open fryer?
Adakah CERTIO sesuai digunakan dalam deep fryer dan open fryer?
Ya. CERTIO sesuai digunakan dalam pelbagai jenis peralatan menggoreng komersial termasuk deep fryer, open fryer, pressure fryer dan sistem menggoreng berterusan.
Adakah CERTIO sesuai untuk pressure frying?
Adakah CERTIO sesuai untuk pressure frying?
Ya. CERTIO sesuai digunakan untuk aplikasi pressure frying dan direka untuk memberikan prestasi yang baik dalam keadaan menggoreng komersial yang mencabar.
Adakah CERTIO mempengaruhi rasa makanan?
Adakah CERTIO mempengaruhi rasa makanan?
Tidak. CERTIO direka dengan profil rasa yang neutral supaya rasa semula jadi makanan dapat dikekalkan. Ciri penyerapan minyak yang rendah membantu mengurangkan rasa berminyak, sekali gus menyerlahkan rasa asli makanan. Makanan juga kekal rangup lebih lama tanpa rasa berminyak yang berat, menjadikannya sesuai untuk bungkusan dan penghantaran.
Bolehkah CERTIO membantu meningkatkan penampilan makanan?
Bolehkah CERTIO membantu meningkatkan penampilan makanan?
Ya. Warna CERTIO yang lebih cerah dan kestabilan semasa menggoreng membantu makanan mengekalkan warna keemasan yang menarik untuk penampilan yang lebih konsisten.
Adakah CERTIO boleh digunakan dengan fryer dan prosedur operasi sedia ada?
Adakah CERTIO boleh digunakan dengan fryer dan prosedur operasi sedia ada?
Ya. CERTIO direka untuk serasi dengan kebanyakan peralatan menggoreng komersial dan operasi dapur sedia ada. Tiada perubahan besar diperlukan pada *fryer*, prosedur menggoreng atau latihan pekerja, dan pasukan teknikal kami boleh bantu memastikan peralihan yang lancar. Hubungi kami untuk nasihat teknikal, cadangan dan percubaan produk.
Kos dan Kecekapan Operasi
Bagaimana CERTIO membantu mengurangkan kos operasi?
Bagaimana CERTIO membantu mengurangkan kos operasi?
Dengan memanjangkan jangka hayat penggunaan minyak dan mengurangkan penukaran minyak, CERTIO membantu pengusaha mengoptimumkan penggunaan minyak serta mengurangkan kos menggoreng secara keseluruhan.
Bagaimana CERTIO membantu mengurangkan kekerapan penukaran minyak?
Bagaimana CERTIO membantu mengurangkan kekerapan penukaran minyak?
CERTIO direka untuk mengekalkan prestasi menggoreng lebih lama dalam keadaan operasi komersial, jadi minyak ditukar dengan lebih jarang. Ini bermakna penggunaan minyak yang lebih rendah, masa henti yang lebih singkat dan produktiviti dapur yang lebih baik. Dalam ujian makmal dalaman, CERTIO mengurangkan kekerapan penukaran minyak daripada 13 kali sebulan kepada serendah 7 kali sebulan, hampir dua kali ganda kestabilan menggoreng berbanding minyak masak biasa.
Bagaimana CERTIO membantu meningkatkan produktiviti dapur?
Bagaimana CERTIO membantu meningkatkan produktiviti dapur?
Dengan memanjangkan jangka hayat minyak dan mengurangkan kekerapan penukaran minyak, CERTIO membantu mengurangkan gangguan operasi, menjimatkan masa pembersihan dan membolehkan pekerja untuk lebih fokus kepada penyediaan makanan serta perkhidmatan pelanggan.
Bagaimana kos CERTIO berbanding minyak masak biasa?
Bagaimana kos CERTIO berbanding minyak masak biasa?
Walaupun harga pembelian mungkin berbeza, kos menggoreng sebenar perlu dinilai berdasarkan jangka hayat minyak, penggunaan minyak, kos buruh, masa pembersihan dan kecekapan operasi. Ramai pengusaha mendapati CERTIO membantu mengurangkan kos menggoreng keseluruhan melalui prestasi yang lebih baik dan jangka hayat minyak yang lebih panjang.
Mengapa saya perlu memilih CERTIO berbanding minyak masak yang saya gunakan sekarang?
Mengapa saya perlu memilih CERTIO berbanding minyak masak yang saya gunakan sekarang?
CERTIO direka untuk membantu pengusaha makanan mencapai
- Jangka hayat minyak yang lebih panjang
- Penggunaan minyak yang lebih rendah
- Kualiti makanan yang konsisten
- Pengurangan masa henti operasi
- Kecekapan operasi yang lebih baik
- Kos menggoreng keseluruhan yang lebih rendah
Mohon sesi percubaan untuk melihat perbezaannya di dapur anda.
Bagaimana saya boleh mengira potensi penjimatan dengan CERTIO?
Bagaimana saya boleh mengira potensi penjimatan dengan CERTIO?
Potensi penjimatan dinilai berdasarkan operasi menggoreng sebenar anda. Faktor utama termasuk:
- Penggunaan minyak dan kekerapan penukaran minyak
- Jumlah penggunaan minyak dalam tempoh tertentu
- Bilangan kelompok penggorengan yang dihasilkan
- Jumlah makanan yang digoreng
- Jangka hayat minyak yang lebih panjang dengan CERTIO
- Pengurangan masa semasa penukaran minyak
- Pengurangan keperluan pembersihan dan penyelenggaraan
- Pengurangan kos buruh dan kerja lebih masa berkaitan penukaran minyak
- Peningkatan produktiviti dan kecekapan operasi
Semasa tempoh percubaan, pasukan kami akan membandingkan prestasi minyak semasa anda dengan CERTIO dan menyediakan penilaian penjimatan yang terperinci berdasarkan data operasi anda. Mulakan penilaian penjimatan anda.
Pembungkusan dan Ketersediaan
Mengapa CERTIO hanya tersedia dalam pembungkusan 17kg dan pukal?
Mengapa CERTIO hanya tersedia dalam pembungkusan 17kg dan pukal?
CERTIO direka khas untuk industri perkhidmatan makanan dan dapur komersial. Pembungkusan 17kg dan format pukal direka untuk memenuhi keperluan operasi restoran, kafe, dapur pusat, katering dan operasi menggoreng berskala besar.
Bolehkah CERTIO dieksport ke negara lain?
Bolehkah CERTIO dieksport ke negara lain?
Ya. CERTIO kini dibekalkan kepada pengusaha perkhidmatan makanan di pelbagai pasaran antarabangsa. Sila hubungi pasukan kami untuk membincangkan keperluan pasaran anda.
Pesanan dan Spesifikasi
Berapakah jangka hayat CERTIO?
Berapakah jangka hayat CERTIO?
CERTIO mempunyai jangka hayat 12 bulan dari tarikh pengeluaran, apabila disimpan di tempat sejuk dan kering, jauh daripada cahaya matahari langsung, dalam pembungkusan asal yang tertutup.
Apakah kuantiti pesanan minimum (MOQ) untuk CERTIO?
Apakah kuantiti pesanan minimum (MOQ) untuk CERTIO?
Kuantiti pesanan minimum bergantung kepada saiz pembungkusan dan lokasi penghantaran. Sila hubungi pasukan jualan kami untuk MOQ yang berkaitan dengan keperluan perniagaan anda.
Adakah Helaian Spesifikasi Produk (Product Specification Sheet) dan Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet) disediakan?
Adakah Helaian Spesifikasi Produk (Product Specification Sheet) dan Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet) disediakan?
Ya. Kedua-dua dokumen ini boleh diperoleh atas permintaan dan mengandungi maklumat terperinci mengenai ciri produk, parameter kualiti serta spesifikasi teknikal. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk pasaran anda.
Industri yang Dilayani
Industri manakah yang biasa menggunakan CERTIO?
Industri manakah yang biasa menggunakan CERTIO?
CERTIO dipercayai oleh pelbagai pengusaha perkhidmatan makanan termasuk:
- Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR)
- Restoran rangkaian
- Pengilang makanan
- Restoran tempatan dan gerai makanan
Pensijilan dan Kelestarian​
Apakah pensijilan keselamatan dan kualiti yang dimiliki oleh CERTIO?
Apakah pensijilan keselamatan dan kualiti yang dimiliki oleh CERTIO?
CERTIO memegang empat pensijilan utama yang diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi menjamin kualiti, keselamatan, dan pematuhan produk:​
- Pensijilan Halal (JAKIM): Patuh standard MS 1500 (Ruj: 1 099-04/2022).​
- Minyak Sawit Mampan (RSPO): Diiktiraf oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil bagi amalan pengeluaran mampan.​
- Keselamatan Makanan (HACCP): Diiktiraf di bawah Sistem Jaminan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).​
- Pensijilan Kosher (KLBD): Diiktiraf oleh Kashrut Division of the London Beth Din (Ruj: 0286).​
Adakah CERTIO menyokong inisiatif kelestarian?
Adakah CERTIO menyokong inisiatif kelestarian?
Ya. CERTIO dihasilkan oleh SD Guthrie, salah satu pengeluar minyak sawit mampan terkemuka dunia. Kami komited terhadap sumber yang bertanggungjawab dan amalan pengeluaran minyak sawit yang mampan.
Percubaan dan Pembelian
Bagaimana restoran dan pengusaha makanan boleh membeli CERTIO?
Bagaimana restoran dan pengusaha makanan boleh membeli CERTIO?
Hubungi Kami dan pasukan kami akan menghubungi anda untuk memahami keperluan operasi anda serta mengatur sesi percubaan produk bagi menilai prestasi CERTIO di dapur anda.
Bagaimana saya boleh menilai kesesuaian CERTIO untuk operasi saya?
Bagaimana saya boleh menilai kesesuaian CERTIO untuk operasi saya?
Pasukan kami boleh mengatur sesi percubaan produk di premis anda. Semasa tempoh percubaan, kami akan menilai prestasi minyak, jangka hayat minyak dan potensi penjimatan kos berdasarkan operasi menggoreng sedia ada. Mohon sesi percubaan.
Bolehkah saya memohon sesi percubaan?
Bolehkah saya memohon sesi percubaan?
Ya. CERTIO menawarkan program percubaan untuk membantu pengusaha menilai prestasinya dalam persekitaran dapur sebenar. Pelanggan hanya perlu membeli minyak untuk tujuan percubaan, kemudian pasukan kami akan memberikan sokongan menyeluruh termasuk konsultasi di lokasi, penilaian *fryer*, pemantauan prestasi minyak, panduan teknikal dan semakan berkala sepanjang tempoh percubaan untuk membantu anda menilai hasil dengan tepat. Mohon sesi percubaan.
Sedia untuk menilai CERTIO?
Hantar pertanyaan tentang CERTIO untuk soalan umum, atau bekerjasama dengan kami untuk mengatur sesi percubaan dan penilaian penjimatan di dapur anda.